Sii Chung Huei bersama isterinya. |
Pasukan Pengecaman mangsa Bencana (DVI) hari ini telah berjaya mengenalpasti mayat satu-satunya rakyat Malaysia yang merupakan mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501.
Mangsa yang bernama Sii Chung Huei, 56 yang merupakan ahli perniagaan dan berasal dari bandaraya Kuching.
“Pemeriksaan mayat mangsa juga selari dengan jantina, usia dan ketinggian mangsa,” katanya.
Selain itu, turut dijumpai kad kredit yang tertera nama mangsa ketika pemeriksaan pada mayat dilakukan.
Untuk pengetahuan, isteri mangsa, Profesor Madya Annie Wong Muk Ngiik merupakan pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UiTM Sarawak. ─ Siakapkeli.com.my