Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Air terjun Niagara beku akibat cuaca sejuk melampau

No Comment


Cuaca sejuk melampau di Pantai Timur Amerika telah menyebabkan beberapa kawasan tumpuan pelancong mula bertukar wajah termasuk air terjun Niagara.

Air terjun itu yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia kini beku sepenuhnya apabila cuaca turun hingga ke 13 darjah celcius.

Keadaan tersebut memaksa beberapa aktiviti yang disediakan di kawasan tersebut dihentikan sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun masih terdapat pelancong yang datang ke lokasi itu untuk melihat air terjun Niagara membeku meskipun keindahannya tidak seperti sebelum ini.


Fenomena itu juga menarik minat beberapa pendaki yang menggunakan peluang ini untuk mendaki timbunan ais yang melitupi sekeliling air terjun.

Kawasan tumpuan pelancong itu dijangka terus membeku sehingga Khamis ini.

Cuaca sejuk yang melanda beberapa lokasi seperti Florida, New York dan Boston turut membawa angin kencang dan berkemungkinan boleh menyebabkan suhu jatuh ke paras 0 darjah celcius.

Ia juga menyebabkan lebih 330 ribu penduduk di North Carolina terpaksa bergelap selepas angin kencang memusnahkan sistem jana kuasa. – REUTERS
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli