Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video: Bapa Ikat Bayi Pada Steering Dihentam Hebat


Taiwan: Tidak tahulah apa yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya yang berusia sebulan pada steren kereta kemudiannya memusingkan steren kereta itu. Mungkin dia ingatkan itu cuma satu gurauan.

Bagaimanapun video yang dirakam oleh ibu bayi, Xia Lung dimuat naik dan tersebar di media sosial telah mendapat kencaman masyarakat.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Miao. Setelah mendapat kencaman itu barulah ibu bayi itu membuang video tersebut.

Walaupun perbuatan mereka itu mengundang kemarahan orang ramai namun tiada tindakan yang diambil terhadap pasangan itu oleh jabatan kebajikan kerana perbuatan mereka itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada bayi itu.

Pengarah Jawatankuasa Penambahbaikan Kanak-kanak, Wang Wei Jun berkata, “Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’ ─ Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli