Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bercerai kerana Suami Terlalu Obses Dengan Kesempurnaan.

No Comment


Obsesi melampau terhadap kesempurnaan menyebabkan perkahwinannya 10 tahun berakhir.

Bekas isterinya, dikenali sebagai Siti dari Kuala Lumpur, berkongsi pengalamannya, dan lebih ironi, dikala filem Suamiku Encik Perfect mula ditayangkan.

Siti, 37, berkata bekas suaminya, berusia 40-an, tidak pernah menunjukkan tanda-tanda gangguan obsesif kompulsif (OCD) semasa mereka berpacaran.

"Bagaimanapun, selepas kami berkahwin, saya mendapati dia mula teliti dalam aspek kebersihan dan segala-galanya di rumah," keluhnya.

Setiap kali dia tiba di rumah dari tempat kerja, dia akan memeriksa di sekitar rumah - dari tingkap dan meja makan hingga susunan peralatan dapur.

"Kami bertengkar hampir setiap hari. Kadang-kadang walaupun sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah menjerit kerana kasut tidak diatur dengan cara yang dia mahukan".

Siti juga tidak dibenarkan menolong seterika pakaiannya kerana tidak mencapai standardnya. Menggantung baju juga haruslah mengikut jenisnya.

"Dia menegaskan kerusi mesti ditarik keluar atau ditolak tanpa bunyi. Di meja makan, pinggan mangkuk mesti disusun mengikut hidangan, sebagai contoh, sambal mesti dalam piring kecil, "katanya.

"Jika ikan yang diletakkan berhampiran hidangan sayur atau daging, dia akan marah."

Pasangan itu pernah mengikuti kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Malangnya, semasa sesi, suami sangat berdegil. Kami akhirnya bercerai pada tahun 2012, "kata Siti.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli