Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Disogok Soalan ‘Escort Girl’, Tasha Hantar Surat Amaran


Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan Tasha Shila terlibat sebagai 'escort girl'. Bagi menjawab persoalan itu, pada hujung minggu lalu sebuah program popular menemubual pelakon TV tersebut.

Bagaiamanpun, menerusi temubual itu, Tasha telah menafikan khabar angin itu dan berkata dia tidak teragak-agak akan menggunakan mahkamah andai ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan aktiviti sumbang tersebut.

Betul juga, siapa yang tidak marah kalau dikaitkan dengan perkara-perkara yang macam itu. Maruah diri tergadai dengan perkara yang kita tidak lakukan.

Ekoran tuduhan itu, Dia sekali lagi tambil membuat sidang media untuk menjelaskan perkara itu dan membersihkan namanya yang tercalar.

Bertemankan peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar di Bangsar, dia mengharapkan kisah sensasi yang membabitkan dirinya dengan kegiatan yang tidak bermoral itu dapat dihentikan.


“Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.

Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah-olah saya melakukan perkara itu.

Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain-main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh.”

Ujaran tersebut dinyatakan Shila ekoran soalan yang diajukan wartawan program berkenaan yang mengaitkan dirinya sebagai salah seorang dari 10 selebriti yang terlibat sebagai ‘escort girl’.

“Saya tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman menyaman program TV itu. Saya adakan sidang media ini bersama wartawan pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.

Benda ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu selesai secara baik.

Isu ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini.”, katanya memetik Beria Harian

Mewakili Tasha, peguamnya berkata bahawa pihak mereka sedang membuat pertimbangan untuk menghantar surat amaran dan peringatan kepada program TV berkenaan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli