Eric Paulsen Mengaku Tak Bersalah Hina Khutbah Jumaat
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan mengeluarkan kata-kata fitnah telah mengaku tidak bersalah hari ini.
Beliau sebelum ini telah mengfitnah dan menghina khutbah jumaat yang dikeluarkan oleh Jakim dikatakannya menanam sifat extrimis.
Sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abdul Rashid Daud pada pukul 11.17 pagi tadi, Paulsen, 42, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Sharuddin Wan Ladin mengendalikan kes berkenaan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Wan Sharuddin mencadangkan RM5,000 sebagai wang jaminan namun peguam tertuduh, Gobind Singh Deo, kemudiannya berhujah bahawa anak guamnya merupakan seorang peguam dan tidak mempunyai sebab untuk tidak hadir.
Hakim kemudiannya menetapkan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

