Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gosip Buruk Tasha Shilla Buat Hati Hans Tergores

No Comment

KUALA LUMPUR: Kekasih pelakon Tasha Shilla iaitu Hans Wong berkata, gosip buruk yang sering dilemparkan terhadap pelakon itu telah membuatkan hatinya tergores.

Hans, 25, berkata, dia boleh menrima apa juga dugaan dalam dunia hiburan tetapi biarlah sesuatu tuduhan itu dibuat dengan lebih berasas.

“Sebenarnya saya tak ada masalah dengan gosip kerana saya faham akan kerjayanya sebagai seorang artis. Tetapi gosip yang dibuat tanpa mendapatkan pengesahan daripada Tasha  membuatkan saya sakit hati,” katanya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media Tasha Shilla, 28, di sebuah restoran di Bangsar pada Khamis bagi menjelaskan isu tuduhan kononnya dia antara 10 artis yang diburu polis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran iaitu escort girl.

Tasha ditemani peguamnuya Fahda Nur Ahmad Kamar yang antara lain meminta agar tiada lagi berita berhubung tuduhan berkenaan dipaparkan oleh media.

Dalam pada itu Hans yang juga ahli sukan muay thai berkata, dia turut terkesan apabila tuduhan mengatakan hidupnya selama ini ditaja oleh Tasha Shilla tidak habis-habis dijaja oleh sesetengah pihak. ─ mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli