Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hukuman Mati Belum Dilaksana

No Comment

JAKARTA – Pemindahan dua warga Australia yang dihukum mati ke sebuah pulau untuk menjalani hukuman tersebut ditangguhkan bagi membolehkan mereka meluangkan lebih masa bersama keluarga masing-masing.

Bagaimanapun selepas semua bekas Perdana Menteri Australia yang masih hidup menggesa Indonesia supaya menyelamatkan nyawa Andrew Chan dan Myuran Sukumaran daripada skuad penembak, Peguam Negara H.M. Prasetyo menegaskan bahawa mereka akan tetap dihukum mati.

“Kami menunaikan permintaan kerajaan Australia dan keluarga dua banduan berkenaan,” kata Prasetyo kepada akhbar The Sydney Morning Herald berhubung penangguhan itu.

“Kami mahu keluarga berkenaan menemui Chan dan Sukumaran, memberikan mereka lebih masa untuk bersama banduan yang menunggu hukuman mati. Tindakan ini bukan menangguhkan pelaksanaan hukuman mati.

“Ia untuk memberikan lebih masa kepada keluarga mereka,” katanya.

Chan, 31, dan Sukumaran, 33, dihukum mati pada 2006 berhubung peranan mereka sebagai ketua sindiket yang berkomplot untuk menyeludup heroin ke Australia dari Pulau Bali.

Mereka dipersiapkan untuk dihantar ke sebuah penjara kawalan ketat di Pulau Nusakambangan menjelang pelaksanaan hukuman mati seawal hari ini walaupun tarikh muktamad belum diumumkan.

Beberapa banduan asing yang menunggu hukuman mati selepas rayuan mereka ditolak termasuk dari Brazil, France, Ghana, Nigeria dan Filipina juga akan dipindahkan tidak lama lagi.

Prasetyo berkata, beliau tidak tahu berapa banyak masa yang diberikan kepada Chan and Sukumaran dan mengulangi bahawa tarikh pelaksanaan hukuman mati terhadap mereka belum ditetapkan.

“Ini bukan mudah. Ini bukan sesuatu yang menyeronokkan tetapi ini merupakan perkara yang kami perlu lakukan,” katanya.

“Undang-undang menyatakan mereka perlu dihukum mati selepas pengampunan ditolak oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo,” tambah Prasetyo. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli