Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu buang anak sindrom Down, Suami tekad terus pelihara anaknya

No Comment

Seorang ibu di Armenia enggan memelihara anaknya yang baru lahir kerana bayi tersebut dilahirkan dengan sindrom Down, menurut laporan ABC News.

Leo Forrest dilahirkan pada 21 Januari lalu di Armenia, negara yang membenarkan ibu bapa memilih untuk terus memelihara anak kurang upaya atau pun menghantarnya ke rumah penjagaan anak yatim.

Keputusan tersebut dibuat tanpa berunding dengan suaminya, Samuel Forrest yang bertekad mahu terus menjaga anaknya itu.

Apabila mengetahui dia mahu memelihara Leo, isterinya telah memfailkan penceraian, menurut Samuel.

ABC News berjaya menghubungi isteri Samuel yang mengesahkan telah melahirkan bayi tersebut dan memfailkan penceraian namun enggan mengulas lanjut.

Untuk terus memelihara Leo, Samuel telah menjalankan satu kempen bagi mengumpul dana menerusi GoFundMe dengan meletakkan sasaran sebanyak ASD60,000 bagi membawa anaknya ke New Zealand.

Setelah 10 hari dilancarkan, kempen tersebut berjaya melebihi sasarannya dan berjaya mengumpul ASD435,445 setakat berita ini ditulis. -  ABC News / Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli