Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dana 1MDB di Pulau Cayman Tidak Dibawa Pulang - Rafizi Ramli



Menerusi laman Facebook, Naib Presiden/Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli telah mengeluarkan satu kenyataan yang mendakwa 1MDB sudah kantoi berbohong.

Menurutnya, bulan lepas dengan yakin telah diumumkan dana dari Pulau Cayman telah dibawa balik ke Malaysia namun hari ini CEO 1MDB mengesahkan dana tidak akan dibawa balik. - Siakapkeli.com.my

Berikut adalah kenyataan yang dinaikkan oleh beliau:

Hari ini akhbar Singapura, The Business Times melaporkan bahawa CEO 1MDB, Arulkanda Kandasamy mengesahkan wang berjumlah RM3 bilion dari Pulau Cayman tidak akan dibawa balik.Ini bertentangan dengan kenyataan awal 1MDB yang mengesahkan bahawa wang tersebut telah dibawa balik setelah 1MDB dikecam kerana terlibat dalam urusniaga yang tidak telus di Pulau Cayman.

Tindakan 1MDB itu perlu diambil tindakan yang serius oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Saya sudah berkali-kali mendesak Bank Negara Malaysia mengesahkan sama ada dana itu betul-betul telah dibawa pulang atau tidak.

Kenyataan CEO 1MDB hari ini bukan sahaja menunjukkan pelaburannya bermasalah, lebih teruk ia memberi gambaran bahawa pengurusan 1MDB tidak telus dan menyembunyikan perkara dari rakyat.
Saya mendesak supaya satu siasatan segera dibuat oleh Bank Negara Malaysia berikutan pengesahan bahawa dana dari Pulau Cayman tidak kembali ke Malaysia.
RAFIZI RAMLI

Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
7 Februari 2014
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli