Mengatahui akan berita ini rasanya bagi mereka yang merupakan peminat hip hop Too Phat sudah pun boleh melupakan hasrat untuk melihat kumpulan ini beraksi seperti zaman kegemilangan mereka dahulu.
Menurut Flizzow, dia sudahpun tiada sebrang perancangan bagi menghidupkan semula kumpulan itu.
Menerusi Mangga online dia berkata, “Buat masa sekarang memang tiada sebarang perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.
“Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu. Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.
“Apa yang saya cuba sampaikan adalah komitmen itu perlu ada. Saya rasa kalau ada komitmen itu, mungkin Too Phat akan ditubuhkan. Kalau ikutkan hati memang nak kembali semula bersama Too Phat,”
kumpulan tersebut sebelum ini sangat popular dengan lagu berjudul Alhamdulillah selain itu sebuah lagi iaitu Anak Ayam akhir 90an. - Siakapkeli.com.my
