Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Indonesia panggil balik dutanya di Brazil

No Comment


JAKARTA - INDONESIA. Kerajaan Indonesia memanggil balik dutanya di Brazil semalam, selepas hubungan diplomatik Jakarta-Brasilia semakin buruk susulan pertikaian mengenai pelaksanaan hukuman mati ke atas pengedar dadah warga asing yang didapati bersalah di republik itu.

Presiden Brazil, Dilma Rouseff sebelum ini enggan menerima pelantikan Toto Riyanto sebagai tanda protes terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas warganya, Rodrigo Gularte.

"Indonesia adalah sebuah negara yang demokratik dan berdaulat. Tiada mana-mana negara berhak campur tangan dalam hal penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

"Susulan tindakan Brazil, kami memanggil balik duta (Toto) dan membantah tindakan tidak mesra Brasilia," kata jurucakap Kementerian Luar, semalam.

Brazil membantah pelaksanaan hukuman mati ke atas Gularte, 42, kerana menganggap lelaki berkenaan kurang waras dan perlu diberikan rawatan psikiatri.

Pada 17 Disember lalu, warga Brazil, Marco Archer Cardoso Moreira ditembak mati di Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah. - dpa
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli