Israel sekat bekalan elektrik Palestin gagal bayar tunggakan RM1.64 bilion
ISRAEL – Sebuah syarikat pembekal tenaga elektrik dari Israel dilaporkan akan membuat catuan bekalan tenaga kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.
Ia susulan kegagalan pihak berkuasa Palestin membayar tunggakan hutang bernilai lebih USD450 juta atau kira-kira RM1.64 bilion ringgit.
Wilayah Tebing Barat itu yang masih dikuasai rejim zionis bakal berdepan masalah bekalan tenaga jika hutang tersebut gagal dilunaskan.
Berikutan beban hutang tersebut, bekalan elektrik terpaksa dipotong selama satu jam setiap pagi dan sejam pada pukul lapan malam.
Syarikat Palestin yang menyalurkan bekalan elektrik dari syarikat Israel Electric Corporation (IEC) mengecam langkah yang diunjurkan Israel sebagai hukuman terhadap rakyat Palestin.
Ketegangan politik antara Israel dan Palestin semakin memuncak selepas Palestin menghantar permohonan menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang membolehkan Israel didakwa atas jenayah perang.
Sebagai balasan, rejim zionis itu bertindak membekukan pembayaran hasil cukai.
Setakat ini masih belum dapat disahkan sama ada langkah pemotongan bekalan tenaga di Palestin bermotifkan politik atau sebaliknya.-Abnxcess
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini