Jamie Dornan: Isteri Saya Mungkin Takkan Tengok 50 Shades Of Grey
Pelakon watak utama filem separa lucah, Jamie Dornan berkata, isterinya, Amelia Warner berkemungkinan besar tidak akan menonton filem lakonnya itu di samping pelakon Dakota Johnson.
Filem yang diharamkan tayangannya di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia itu memaparkan watak utama, Christian Grey yang menginginkan aksi seksual yang luar biasa bersama kekasihnya iaitu seorang pelajar kesusasteraan english, Ana Stelle.
Filem yang berjudul 50 Shares of Grey adalah karya adaptasi novel berjudul sama yang ditulis oleh E.L James.
“Isteri saya masih belum lagi menonton filem tersebut dan sejujurnya saya tidak rasa dia mahu menonton filem itu,” katanya memetik laporan People.com.
Jamie juga turut berkongsikan pengalamannya ketika melakonkan babak seks dengan heroin filem itu kerana rasa bertanggungjawab untuk melindungi Dakota setelah mereka selesai melakonkan babak-babak aksi panas dalam filem yang diarahkan oleh Sam Taylor Johnson.
“Isteri saya masih belum lagi menonton filem tersebut dan sejujurnya saya tidak rasa dia mahu menonton filem itu,” katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini