Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jordan Hukum Mati Dua Rahanan Iraq

No Comment

AMMAN – Jordan menjalankan hukuman mati terhadap dua tahanan warga Iraq hari ini selepas balasan terhadap tindakan kejam kumpulan militan Negara Islam (IS) yang membunuh juruterbang Jordan semalam, kata jurucakap kerajaan, Mohammad al-Momani.

Momani berkata, wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi dan ahli kumpulan Al-Qaeda, Ziad al-Karboli, dihukum mati pada jam 4 pagi waktu tempatan.

Sajida dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam serangan bom berani mati pada 2005 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang manakala Ziyad Karboli, pegawai operasi Al-Qaeda yang didapati bersalah pada 2008 kerana membunuh seorang rakyat Jordan juga dihukum gantung sampai mati. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli