Kontraktor Maut Dilenyek Lori Pasir
Kota Kinabalu – Seorang kontraktor maut selepas dilenyek lori pasir yang tiba-tiba bergerak sendiri dalam di kawasan pembinaan di Jalan Bantayan, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa berusia 64 tahun yang cedera di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Jeselton Medical Centre namun disahkan sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan lanjut mendapati lori berkenaan baru selesai membuang pasir di kawasan pembinaan lalu pemandu lori memberhentikan kenderaan di hadapan dengan kereta jenis pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Ketika itu pemandu Toyota Hilux (mangsa) berada di dalam kereta berkenaan dan selepas beberapa minit pemandu lori keluar untuk mendapatkan tandatangan mangsa.
“Bagaimanapun tiba-tiba lori itu bergerak menghala ke arah Toyota Hilux yang diparkir secara berhadapan menyebabkan mangsa cuba keluar untuk menyelamatkan diri namun gagal apabila dia dilenyek,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – myMetro Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini