Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Berjalan Selama 3 Hari Untuk Membuang Tumor Di Tengkuk

No Comment


MADAGASCAR: Selepas menderita hamir empat dekat dengan membawa tumor seberat 7.46 kilogram di lehernya, seorang lelaki, Sambany, bertindak nekad berjalan kaki selama tiga hari untuk mencari hospital untuk membuang tumor tersebut.

Selepas sampai ke kawasan perlabuhan Toamasina beliau telah dibedah oleh pihak Mercy Ship untuk membuang tumor berkenaan dan dianggap sungguh mencabar oleh mereka dengan pembedahan memakan masa 12 jam.


“Saya amat gembira. Saya tahu pembedahan ini amat berisiko tinggi dan saya mungkin mati namun jika saya biarkan sahaja tumor ini, saya sememangnya sudah mati akibat layanan orang ramai,’’ kata Sambany.

Menurut sambany yang berasal dari kawasan pedalaman, tumor tersebut mula terbentuk ketika beliau berusia 20 tahun dan tumor tersebut telah merebak dari leher ke mukanya.

Ketika tiba di pelabuhan Toamasina itu, dia telah emndekati kapal milik Mercy Ship sebelum meminta pertolongan.


Pada mulanya pihak Mercy Ship berdepan kesukaran untuk membantu kerana tidak pernah berdepan dengan tumor yang begitu besar.

Mujurlah terdapat beberapa pakar dalam pasukan tersebut termasuk Dr Michael McBrien, yang kemudiannya terlibat dalam pembedahan berkenaan.

Sambany kini menjalani rawatan pemulihan yang panjang dan terpaksa berada di dalam kapal berkenaan untuk beberapa bulan lagi.


Mercy Ship merupakan satu petubuhan antarabangsa yang menggunakan konsep hospital atas kapal yang memberi khidmat perubatan di seluruh dunia terutama di kawasan negara miskin.

Ketika ini kapal berkenaan berlabuh di Madagascar. Ia menyediakan rawatan pembedahan dan perubatan percuma dengan matlamat meningkatkan sistem kesihatan di negara miskin. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli