Lelaki Salah Guna Aplikasi Wanita
Mumbai – Naluri ingin tahu mendorong lelaki didapati lebih ramai menggunakan aplikasi kecemasan m-Indicator direka khusus untuk penumpang kereta api wanita di India.
Aplikasi diperkenalkan pihak berkuasa negara itu dicipta bagi memudahkan penumpang wanita menghubungi Pasukan Keselamatan Kereta Api jika berasa terancam.
Kejadian rogol dan keganasan lain semakin membimbangkan di India dan pihak berkuasa terpaksa memikirkan pelbagai kaedah menangani isu itu.
Menurut syarikat Westen Railway (WR), aplikasi itu menerima lebih 46,500 mesej daripada warga Mumbai sejak ia dilancarkan pada 9 Januari lalu.
Apabila mereka menghubungi penghantar mesej, didapati kebanyakannya bukan saja tidak menghadapi sebarang ancaman, malah mereka adalah lelaki.
“Pengguna aplikasi m-Indicator itu menghantar mesej sekadar suka-suka dan ingin tahu,” katanya.
Di Laluan Tengah Mumbai pula, WR mengesan enam daripada 7,800 penumpang yang menghantar mesej menerusi m-Indicator bulan lalu.
setakat ini tiada seorang pun yang benar-benar menghadapi situasi kecemasan. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini