Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Orang Ramai Masih Ziarah Kubur Dan Rumah Nik Aziz

No Comment

KOTA BHARU - Kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih lagi tidak putus-putus, menerima kunjungan tanpa henti daripada rakyat seluruh negara walaupun pemergiannya sudah masuk hari kedua.

Laluan masuk ke kawasan Pulau Melaka masih lagi sesak dengan kenderaan sejak awal pagi lagi, apabila ramai orang yang berpusu-pusu ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka tempat Allahyarham disemadikan.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri secara dekat kawasan tanah perkuburan Nik Aziz, tidak kira dari pelbagai peringkat usia yang sanggup datang walaupun ada yang terpaksa membawa anak kecil dan tidak kurang juga yang bertongkat.

Bukan sahaja kenderaan, malah bas yang menggunakan pelbagai nombor pendaftaran luar turut diparkir berhampiran Maahad Darul Anuar, Kota Jembal dan ramai yang masih tidak berganjak walau seinci hanya untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Keadaan luar biasa turut berlaku kelmarin, apabila kawasan hadapan Masjid Tok Guru berhampiran kediaman Allahyarham, dipenuhi hampir 30,000 rakyat yang mengiringi pemergian beliau yang amat dihormati dan dikagumi dengan laungan kalimah ‘Allahuakhbar’ dan bacaan surah Al-Fatihah.

Seorang penyokong setianya, Faridah Che Hussin, 52, dari Tanah Merah, berkongsi pengalamannya yang sering kali menghadiri kuliah jumaat yang diadakan di Medan Ilmu.

“Saya sentiasa mengikuti kuliah ilmu yang diadakan setiap Jumaat, malah pesanan dan nasihat beliau semasa hayatnya, dalam bab agama memang tiada galang gantinya.

"Allahyarham anggap kami bagaikan kaum keluarga terdekatnya, terasa begitu mendalam sekali,”katanya ketika ditemui di tanah perkuburan semalam.

Faridah pada asalnya mahu turut serta ke majlis pengebumian Allahyarham Nik Aziz kelmarin, namun terpaksa menahan keinginan itu sehingga anak lelakinya, Mohd Israd Ibrahim pulang dari Melaka kerana anaknya juga ingin ke sana.

“Saya tunggu Israd balik dulu, memandangkan Israd juga mahu melihat kubur Tok Guru secara dekat, awal pagi lagi, kami tiba untuk membaca surah Yassin dan ayat suci al-Quran di kubur arwah dan menyedekahkan Al-Fatihah dan berharap rohnya tenang dan ditempatkan dalam kalangan golongan solihin,” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli