Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengguna tidak perlu tunggu GST untuk beli kereta

No Comment


PENGGUNA disarankan agar tidak perlu menunggu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa 1 April ini untuk membeli kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua telah melakukan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan.

"Kami telah menurunkan harga kenderaan keluaran kami, menambah ciri-ciri baharu, kempen yang baik untuk perkhidmatan selepas jualan dan program kesetiaan.

"Oleh itu, pengguna tidak perlu tunggu dan teruskan dengan pembelian dan kami akan membantu pelanggan dengan perkhidmatan terbaik," katanya selepas makan tengah hari sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pengenalan Axia dan Myvi baharu membuktikan kejayaan Perodua dengan masing-masing menerima tempahan yang di luar jangkaan sejak diperkenalkan.

Mengulas perniagaan eksport kenderaan Perodua ke luar negara, Aminar berkata, syarikatnya akan meneruskan aktiviti eksport tahun ini tetapi tidak agresif.

"Dua hingga tiga tahun adalah tempoh pembelajaran dan kami hanya menyasarkan 4,000 hingga 5,000 unit setahun.

"Jumlah itu diharap akan berkembang perlahan-lahan ke jumlah yang lebih munasabah," katanya.

Aminar Rashid berkata, tahun ini Perodua berhasrat untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan berikutan melihat peluang yang banyak untuk diterokai.

Katanya, pihaknya menyedari bahawa terdapat potensi dalam bahagian perkhidmatan selepas jualan yang perlu dimaksimumkan. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli