Pengurus syarikat penerbangan dicekup bersama janda muda dalam kondo
Bagaimanapun, perbuatan sumbang sepasang kekasih itu terbongkar hasil serbuan ahli jawatan kuasa masjid (AJK) Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak bersama anggota polis dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang, lelaki berusia 40-an terbabit ditemui berseluar pendek manakala pasangannya ditemui menyorok sambil memeluk anaknya berusia dua tahun di bahagian dapur.
Menurut sumber, wanita berusia 25 tahun itu berstatus janda dipercayai kerap mengunjungi kondominium disewa lelaki terbabit sejak beberapa bulan lalu.
“Hasil pemeriksaan menemui beberapa kondom milik lelaki terbabit yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat penerbangan,” katanya. - Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini