Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PPIM Seru Pengguna Boikot Kedai Jual Air Minuman Lebih Dari RM 1

No Comment


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru orang ramai yang juga merupakan pengguna agar menunjukkan kuasa pengguna supaya memboikot kedai yang menjual air minuman botol kecil lebih daripada RM1.

Pengerusinya Datuk Nadzim Johan berkata, kita mesti memboikot kedai yang menjual lebih dari RM1 walaupun hanya lebih RM0.20 dengan mengawal harga sendiri walaupun kementerian berkaitan tidak menetapkan harga kawalan.


"Kita perlu menunjukkan kuasa kita sebagai pengguna kerana yang hendak membeli adalah menggunakan duit kita bukan orang lain," katanya.

Beliau menyeru supaya memboikot semua kedai yang menjual air minuman atau mineral mahal tidak kita kedai Melayu, Cina atau India.

"Kita (PPIM) mencadangkan tempoh untuk menjalankan kempen boikot ini adalah selama tiga bulan dan menyeru semua NGO termasuk CUEPACS menyokong dan melaksanakan kempen boikot ini."

"Kita tunjukkan kuasa pengguna walaupun tanpa pengutkuasan undang-undang kita sendiri boleh mengawal harga barang ini," katanya melancarkan kempen tersebut. - Siakapkeli.com.my



Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli