Tayyip Erdogan sewaktu lawatanya di Mexico. |
Tayyip menggesa Obama supaya menunjukkan kedudukannya sebagai Presiden terhadap kes tembakan yang mengorbankan tiga nyawa pelajar Islam itu.
“Ketiga-tiga pelajar Islam itu telah dibunuh di North Carolina dan Presiden Obama, Setiausaha Negara John Kerry dan Naib Presiden Joe Biden tidak membuat sebarang kenyataan mengenainya.
“Jika anda cuba mendiamkan diri apabila berhadapan dengan kejadian seperti ini dan tidak membuat kenyataan, ia seperti pihak anda cuba menutupi kesalah yang terang-terangan berat sebelah,” kata Erdogan semasa lawatan ke Mexico.
“Sebagai ahli politik, kita bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku di negara dan kita perlu menunjukkan kedudukan kita dalam situasi begini,” kata beliau sewaktu bersama Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto di Istana Negara Mexico City.
Apa yang dilihat Erdagon, seolah-olah Obama dan beberapa pihak lain memihak kepada suspek.
White Hous pula mengatakan kes itu harus disiasat oleh pihak polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Disebabkan perkara itu, hubungan antara pihak Turki dan AS bertambah tegang.
Selain itu, kes pembunuhan tiga pelajar Islam itu juga telah mencetuskan kritikan di dunia Arab tentang pilih kasih media Amerika dalam membuat liputan berkenaan serangan itu. ─ Siakapkeli.com.my