Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rambut Blonde Palsu Cuma Strategi Promosi Baju Tidur


Penampilan terbaru penyanyi yang juga seorang pelakon senior, Raja Ema, 46, ketika muncul untuk sesi fotografi  ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015′ telah mengejutkan orang ramai.

Perkara tersebut adalah ekoran Raja Ema kelihat begitu hot dengan pemakaian rambut blonde palsu sambil menggayakan baju tidurnya.

Difahamkan banyak pihak yang mengkritiknya setelah gambar sesi fotografi itu dimuatnaik ke akaun Instagramnya dan menganggap ia tidak sesuai atas faktos usia.

Menerusi Sinar Harian, dia memberitahu yang dia tidak kisah dengan penilaian masyarakat kerana imej tersebut hanyalah sebagai strategi untuk mempromosikan produk.

“Memang ramai yang kritik apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.

“Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja.

“Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya bukan manusia sempurna,” katanya. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli