Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sarimah Ibrahim Lega Penceraian Sudah Disahkan

No Comment


Sarimah Ibrahim melahirkan rasa yang sangat syukur dan lega selepas Mahkamah rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan penceraiannya dengan bekas suaminya, seorang warga Australia, enam tahun lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Keputusan itu diberikan oleh Hakim Syarieumamuddin Yunis selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan.

Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 mei 2009, menurut keterangannya.

“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh,” katanya memetik Harian Metro.

2 April depan, Sarimah bakal melangsungkan pernikahan dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzmuddin Tunku Mudzaffar selepas mengikat tali pertunangan September lalu.

Sarimah bakal melangsungkan pernikahan dengan kerabat Negeri Sembilan, iaitu Tunku Nadzmuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini selepas mengikat tali pertunangan September lalu. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli