Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sayu: Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin Kini Menderita Penyakit Alzheimer

No Comment
Kemaskini: Diatas permintaan keluarga Jins Tan Sri Jins Shamsuddin, Gambar keadaan beliau sekarang tidak dapat dikongsikan

Masih ingat lagikah dengan Hero filem Bukit Kepong yang juga bekas Ahli Dewan Negara Tan Sri Jins Shamsuddin? Sudah lama kita tidak mendengar khabar beliau.

Menerusi blog c2sini.blogspot.com, dipaparkan sekeping gambar  terkini beliau yang kelihatan sangat sayu kerana menderita penyakit Alzheimer sejak empat tahun lepas.

Bagaimanapun, tarikh rakaman gambar tersebut tidak dimaklumkan oleh penulis blog tersebut. Menurutnya gambar tersebut diambil dari media sosial.

Sayu hati penulis melihat keadaan Jins Shamsuddin yang semakin kurus dan uzur.

Jins Shamsuddin ketika masih sihat menerima kunjungan rakan-rakan di rumhnya.
Apa yang hairannya di sini, Jins sebagai orang kuat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum ini mengapakah tiada apa-apa liputan perkhabaran mengenainya? Lebih-lebih lagi dengan keadaannya sekarang ini.

Menurut laman blog berkenaan, isterinya Puan Sri Halijah Abdullah, 54, berkata suamia itu kini sukar mengingati perkara lalu tetapi tidak pernah berhenti memikirkan soal pekerjaannya.

"Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius.

"Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke Finas untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya," ujar Halijah.

Sama-sama kita doakan agar Tan Sri Jins sentiasa diberi kesihatan untuk terus bersama keluarga nya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli