Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tangkap Saya Jika Mampu - Aktivis Sabah

No Comment

KOTA KINABALU: Aktivis Sabah, Doris Jones, yang di kehendaki kerana didakwa menggalakkan pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, tidak berniat untuk pulang ken tanah air bagi menghadapi tuduhan menghasut.

Jones, yang menyeru agar Sabah dan Sarawak keluar Malaysia melalui media sosial, terutama melalui halaman Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) halaman menghubungi The Star pada Ahad selepas wartawan cuba mencari di laman Facebook miliknya.

Jones berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai saman yang dikeluarkan ke atasnya pada bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh polis Malaysia pada Rabu lalu.

Katanya, terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya, dan mengelak memberitahu lokasi sebenar ketika ditanya.

"Mereka boleh cuba untuk mendapatkan saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) atau mungkin di Australia. Mereka boleh cuba.

"Saya tidak fikir Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan EU," kata aktivis berusia 46 tahun, yang cukup berhati-hati mendedahkan identitinya.

"Saya Doris Jones," katanya ketika ditanya sama ada dia Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, seperti mana tercatit di waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Ketika ditanya sama ada dia masih lagi warganegara Malaysia, jawabnya: "Saya tidak mahu menjawab soalan itu. Saya dari Sabah.

"Walau bagaimanapun, Jones, yang dipercayai berpangkalan di London, berkata dia bertanding dalam pilihan raya Mei 2014 untuk Parlimen Eropah melalui Parti Kebangsaan Liberal yang berpangkalan di United Kingdom di atas platform 'penentuan sendiri'.

Sekurang-kurangnya 14 aktivis di Tuaran dan Kota Kinabalu telah ditahan awal bulan ini kerana dikatakan cuba mendapatkan tandatangan daripada orang ramai dan mengedarkan bahan-bahan puak pemisah.

Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis. ─ mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli