Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tentera Filipina Bunuh 14 Militan Abu Sayyaf

No Comment

MANILA – Pasukan komando tentera Filipina yang dilatih Amerika Syarikat (AS) membunuh 14 militan kumpulan Abu Sayyaf dalam pertempuran besar-besaran pertama tahun ini di sebuah pulau di selatan Filipina.

Perkembangan itu berlaku ketika pemerintah Filipina meningkatkan usaha untuk menyelamat sejumlah tebusan warga asing.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan terkecil tapi paling berbahaya dalam kalangan beberapa kumpulan Islam yang berperang untuk kemerdekaan di selatan Filipina.

Kumpulan itu memiliki kira-kira 500 pengikut setia dengan kebanyakan mereka berpangkalan di Pulau Basilan dan Jolo.

Abu Sayyaf mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah, kumpulan Islam radikal yang dituduh mendalangi empat serangan di Indonesia termasuk pengeboman di Bali pada 2002 dan dua serangan bom di Jakarta bulan lalu.

Jurucakap tentera, Kolonel Restuto Padilla berkata, pihak tentera menggunakan bedilan meriam dan serangan udara untuk menggempur kedudukan sekitar 300 pemberontak Islam yang menawan tiga warga asing termasuk seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Eropah di luar bandar Patikul.

“Pasukan kami cuba mengepung pemberontak Abu Sayyaf untuk menghapuskan mereka dengan sekali gus,” kata Padilla.

Tambahnya, unit marin dan infantri pula diletakkan pada kedudukan ter­tentu bagi menghalang militan berkenaan lari keluar dari hutan Patikul.

“Seramai 14 militan terbunuh, manakala 19 lagi cedera dalam pertempuran selama dua hari itu. Dua askar turut maut dan 14 yang lain cedera selepas pasukan komando berkenaan bertembung dengan sekumpulan besar anggota Abu Sayyaf yang diketuai oleh Hatib Hajan Sawajaan,” jelas Padilla. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli