Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tentera Mesir Bunuh Berpuluh-Puluh Militan

No Comment

ISMAILIA – Tentera Mesir membunuh berpuluh-puluh militan dalam satu operasi di Semenanjung Sinai, kata sumber keselamatan kelmarin, manakala media kerajaan melaporkan seorang ahli perniagaan telah diculik di rantau berkenaan.

Berapa helikopter tempur Apache membunuh 18 militan yang berada di dalam empat buah van yang dimusnahkan di Sinai Utara, menurut sumber keselamatan di rantau itu.

“Seramai 20 militan terbunuh apabila pihak tentera mengebom sebuah kediaman, sekolah dan pusat belia di mana sejumlah militan berhimpun dekat bandar Sheikh Zuweid di Sinai Utara,” kata sumber tersebut.

“Seramai 28 militan yang lain cedera,” tambahnya.

Dalam pada itu agensi berita rasmi MENA pula melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali telah menculik pengarah sebuah syarikat bekalan air di rumahnya di bandar Sheikh Zuweid.

Sinai Utara menjadi pusat pemberontakan militan Islam yang telah meragut beratus-ratus nyawa anggota polis dan tentera sejak bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi (gambar kecil) menggulingkan Presiden Mohamed Mursi pada Julai 2013.

Kumpulan militan Wilayah Sinai mendakwa pihaknya telah membunuh sekurang-kurangnya 30 anggota keselamatan pada hujung bulan lalu yang merupakan serangan antikerajaan paling teruk dalam tempoh beberapa bulan.

Kumpulan itu sebelum ini dikenali sebagai Ansar Bayt al-Maqdis yang merupakan kumpulan militan paling aktif di Mesir. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli