Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Thailand Mula Dilanda Kemarau Terburuk Dalam Sejarah

No Comment


BANGKOK – Belajar daripada bencana banjir paling teruk di selatan negara itu akhir tahun lalu, kerajaan Thailand pada Rabu mengambil tindakan drastik membuat persiapan awal menjelang ketibaan musibah kemarau terburuk dalam sejarah negara.

Kabinet Thailand turut meluluskan belanjawan kecemasan bernilai 7.8 bilion baht (RM867 juta) bagi mengekang tempias kemarau di utara negara itu daripada menjadi lebih teruk, di samping menangani masalah kekurangan bekalan air pada masa darurat.

Dana luar jangka tersebut akan digunakan bagi kerja-kerja penyediaan tangki-tangki air bergerak selain pemasangan pam-pam air statik di kawasan-kawasan yang pernah terjejas teruk akibat bencana kemarau terburuk lebih sedekad lalu.

Thailand pada masa ini pun sudah berhadapan dengan masalah kemarau teruk di lapan daripada 76 wilayah di negara tersebut dan ia dijangka merebak ke lebih banyak wilayah dalam tempoh terdekat pada bila-bila masa sahaja.

Jabatan Saliran Diraja Thailand baru-baru ini telah mengeluarkan amaran tahap kritikal, bahawa negara tersebut akan berdepan dengan musim kemarau yang paling teruk, dalam masa lebih sedekad yang diramal berlaku pada awal tahun ini.

Menurut pejabat ekonomi dan pertanian kebangsaan, pada musim kemarau panjang itu Thailand akan cuba mengurangkan eksport ke negara-negara yang menjadi pengimport utama hasil produk taninya terutama beras sebanyak 30 peratus.


Langkah jangka pendek itu terpaksa dibuat bagi memastikan bekalan makanan ruji tersebut kekal cukup untuk menampung keperluan domestik lebih 67 juta penduduknya sendiri daripada dijual di pasaran seluruh dunia.

Kementerian Pertanian Thailand menganggarkan 9.2 juta hektar tanah sawah yang selama ini menghasilkan lebih 30 juta tan beras setahun akan terjejas teruk akibat fenomena kemarau panjang luar biasa pada tahun ini.

Thailand ialah pengeksport terbesar beras dunia dengan 11 juta tan bernilai 175 bilion baht (RM19.4 bilion) dijual di pasaran global tahun lalu, angka tertinggi dalam sejarah dan meningkat 64 peratus berbanding tahun 2013. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli