London: Seorang wanita membunuh deiri setelah sebuah siaran television merakamkan gambar dia sedang mencuri jaket kulit di sebuah pusat beli belah TK Maxx. Gambarnya itu kemudiannya disiarkan dalam televisyen.
Wanita itu, Elizabeth Outram menerima rawatan sakit mental ditemui mati tergantung di rumahnya di timur London selepas meraikan hari jadinya pada 14 Ogos tahun lepas.
Perkara itu didedahkan oleh kakaknya, Alexandra, 31, dalam inkues yang diadakan di mahkamah.
Menurut kakaknya, Alexandra, sejak kejadian itu, adiknya menjadi trauma dan selalu diganggu oleh syarikat televisyen itu.
“Mereka menghantar mesej dan menghubunginya. Adik saya terpaksa menyamar sebagai saya dan meminta supaya dia tidak diganggu lagi ketika menghubungi mereka,’’ katanya.
Kata Alexandra lagi, adiknya itu memerlukan sokongan kerana mengalami masalah mental.
Bagaimanapun telah dimaklumkan kepada inkues itu bahawa kesihatan mental Outram telah bertambah baik namun ia kembali merosot susulan insiden TK Maxx berkenaan. ─ Siakapkeli.com.my