5 Terbunuh Serangan Kelab Malam Di Mali
Ia adalah serangan pertama mensasarkan warga Barat di bandar raya berkenaan oleh kumpulan berkenaan sejak 2012.
Sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata yang bertopeng memasuki kelab malam berkenaan yang popular kepada rakyat asing di Mali kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Penyerang kemudian terus meledak tembakan menggunakan senjata api automatik serta melempar bom tangan, demikian menurut beberapa saksi.
Jurucakap kumpulan jihad Al-Murabitoun yang diketuai militan Algeria, Mokhtar Belmokhtar, mengaku bertanggungjawab atas serangan.
Kenyataan kumpulan itu disebarkan menerusi rakaman suara yang disiarkan oleh agensi berita Mauritania , Al-Akbar.
“Kami mengakui bertanggungjawab dalam operasi terbaharu di Bamako yang dianggotai oleh pejuang berani Al-Murabitoun kepada warga Barat yang mencari dan menghina Nabi Muhammad,” demikian rakaman suara yang disiarkan itu. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini