#KitaLawan: Nik Nazmi Dipanggil Polis Beri Keterangan
Susulan Himpunan #KitaLawan Semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sekali dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Menurut Nik Nazmi dalam satu kenyataan melalui Facebook beliau kira-kira pukul 12 tengah malam, beliau dipanggil untuk memberi keterangan pukul 10 pagi ini.
“Saya dipanggil polis untuk beri keterangan. Saya maklum kepada mereka saya akan hadir 10 pagi ini di IPD Dang Wangi bersama keluarga dan teman-teman. Peguam saya Melissa Sasidaran akan hadir sama,” katanya.
Tujuan Nik Nazmi menyertai perhimpunan itu di ibu negara bagi meraih simpati orang ramai ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.
Walaupun tidak mendapat sambutan, namun Nik Nazmi tetap menganggap perhimpunan itu berjaya kerana desakan mereka supaya Anwar dibebaskan dari penjara didengari seluruh negara. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini