700 Ekor Beruang Koala Dibunuh Elak Kebuluran Kerana Lebihan Populasi
SYDNEY: Hampir 700 beruang Kuola telah dibunuh oleh pihak berkuasa hidupan liar Australia dalam satu program yang dirahsiakan bagi mengelakkan kemarahan penyokong pemuliharaan.
Koala merupakan spesies yang dilindungi di Australia dimana hukuman yang berat akan dikenakan bagi mereka yang mencederakan haiwan ini yang dikatakan dalam kepupusan.
Menteri Alam Sekitar, Victoria Lisa Neville mengakui yang mereka lakukan tiga peringksat membunuh 686 koala pada tahun 2013 dan 2014, dalam kempen rahsia yang direka untuk mengelakkan sebarang tindak balas dari pertubuhan pemuliharaan binatang.
“Campur tangan kerajaan adalah perlu untuk mengelakkan penderitaan beruang koala kerana mereka tidak dapat untuk mencari makanan yang mencukupi,”
“Kepadatan populasi beruang koala mencapai sehingga 20 beruang koala sehektar di Cape Otway.” kata Neville. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini