Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Soal Jawab Agama: Berapa lama tempoh Nabi SAW berada di dalam perut ibunya?

No Comment


Soalan:

Berapa lama baginda Nabi SAW dikandung oleh ibunya? Apakah 4 tahun atau sama seperti orang biasa?

Jawapan:

Ahli sejarah dari kalangan ulama umat Islam telah menyebut berbagai pandangan tentang tempoh kehamilan baginda Nabi SAW oleh ibu baginda Aminah. Akan tetapi kesemua para ahli sejarah tidak mendatangkan sebarang bukti kukuh sebagai sandaran. Maka yang jelasnya kehamilan baginda sama sepertimana manusia lainnya. Baginda berada di dalam perut ibu baginda sama seperti tempoh manusia lainnya.

Abu al-Farj Ibn al-Jauzi berkata:

وذكرنا أن عبد المطلب تزوج هالة وزوج ابنه عبد الله بآمنة في مجلس واحد فولد حمزة وولد رسول الله صلى الله عليه وسلم فأرضعتهما ثويبة مولاة أبي لهب بلبن ابنها مسروح

Maksudnya: “Kami telah nyatakan bahawa ‘Abd al-Muttalib telah berkahwin dengan Halah. Dan beliau telah mengahwinkan anaknya Abdullah dengan Aminah dalam majlis yang sama. Lalu dilahirkan Hamzah (hasil hubungan ‘Abd al-Muttalib dan Halah) dan dilahirkan juga Rasulullah SAW (hasil perkahwinan ‘Abdullah dengan Aminah). Lalu mereka berdua (Hamzah dan Rasulullah SAW) disusukan oleh Thuwaibah bekas hamba Abu Lahb bersama dengan anak lelaki Thuwaibah Masruh.” (lihat al-Muntazim oleh Ibn al-Jauziy)

Dinyatakan juga baginda Nabi SAW dilahirkan pada tahun gajah beberapa bulan selepas kematian bapa baginda ‘Abdullah berdasarkan pandangan yang sahih seperti yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad. Ada juga yang berpandangan bapa baginda meninggal dunia setelah 7 bulan baginda dilahirkan.

Wallahu a’lam
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli