Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aquino tak kisah khabar angin berterusan

No Comment


Manila: Presiden Benigno Aquino III semalam berkata, dia tidak dapat menyekat orang ramai yang mengharapkan dia sakit.

Aquino berkata demikian ketika menafikan khabar angin kononnya dia pengsan dan hilang upaya selama beberapa minit Jumaat lalu.

“Saya tidak dapat nak bertindak kepada mereka yang memulakan khabar angin itu. Jika saya bertindak, tidak ada gunanya kerana mereka akan buat lagi,” kata pemimpin FIlipina itu ketika menghadiri jamuan makan malam bersama beberapa rakan di Quezon City.

Aquino kelihatan ceria di majlis itu.

Menurutnya, dia tidak terkejut jika khabar angin kononnya dia sakit atau tidak sihat berterusan.
Menurutnya, dia terperanjat apabila menerima mesej daripada jurucakapnya Edwin Lacierda Jumaat lalu yang bertanyakan mengenai kesihatannya.

Khabar angin kononnya dia rebah dan pengsan bermula dengan kenyataan seorang wartawan televisyen dalam akaun Twitternya.

Ia kemudian tersebar dan dipetik oleh beberapa agensi berita lain.

Satu laporan mendakwa presiden itu pengsan selepas batuk teruk.

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli