Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuduh pembalak Malaysia curi balak di Kalimantan

No Comment


Balikpapan: Tentera Nasional Indonesia (TNI) merancang mendirikan lebih banyak pos keselamatan di sepanjang sempadan dengan Malaysia sejauh 1,000 kilometer di Kalimantan Utara dan Timur.

Jurucakap Ketua Markas Tentera Mulawarman Leftenan Kolonel Purwito Hadi berkata, mereka akan menambah 17 lagi pos untuk menjadikan jumlah pos keselamatan di sepanjang sempadan itu kepada 50.

Menurutnya, kos projek berkenaan digunakan daripada bajet negara 2015. Bagaimanapun, jumlahnya masih belum diputuskan.

Katanya, pos keselamatan baru itu semakin penting kerana peningkatan jumlah penceroboh yang berulang-alik dari kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan ancaman keselamatan.

“Ini cara kami untuk mengukuhkan Kesatuan Republik Indonesia dan melindungi rakyat serta wilayahnya,” kata Purwito.

Menurutnya, tugas hakiki askar di sempadan itu ialah melindungi sempadan Indonesia daripada dialih.

Dia menuduh pembalak haram dari Malaysia memindahkan tanda sempadan, kononnya untuk mengambil balak dari kawasan hutan Indonesia.

Purwito juga berkata, tentera Indonesia di sempadan terbabit sering menangkap penyeludup dadah dan arak.

TNI menempatkan dua batalion untuk memantau sempadan Kalimantan Barat-Sarawak dan sempadan Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara-Sarawak dan Sabah. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli