Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bantah laluan penerbangan baru dari China

No Comment


Taipei: Polis Taiwan semalam menahan 13 orang kerana membaling cat di dinding istana presidan bagi memprotes perancangan China untuk melancarkan laluan penerbangan baru yang mengundang kontroversi.

Penunjuk perasaan dari kumpulan pembangkang anti-China, Taiwan Solidarity Union turut bertempur dengan polis tentera yang mengawal kediaman Presiden Ma Ying-jeou di Taipei, awal pagi semalam.

Semua penunjuk perasaan dilepaskan selepas disoal siasat dan didenda Tw$6,000 (RM708).
Rakaman disiarkan televisyen menunjukkan seorang penunjuk perasaan menjerit “Ma Ying-jeou menjual Taiwan.”

Pejabat Ma mengeluarkan kenyataan menyelar kejadian itu.

“Taiwan mempunyai undang-undang. Sebarang rasa tidak puas hati membabitkan politik sepatutnya dibuat dengan mengambil kira kedaulatan undang-undang tanpa menggugat keamanan,” katanya.

Laluan itu, dikenali sebagai M503, dijadualkan dilancarkan melintasi Selat Taiwan, hari ini.

Pelancaran pada mulanya dijadualkan pada 5 Mac lalu, tetapi ditangguhkan disebabkan bantahan dibuat dan China membuat sedikit perubahan, namun tetap mahu meneruskannya.

M503 antara empat laluan bakal membawa pesawat melintasi Selat Taiwan dari wilayah Zheijiang, serta bandar Fuzhou dan Xiamen di China. Tiga laluan itu ditangguhkan sehingga tarikh yang belum ditetapkan.

Beijing mendakwa laluan itu penting bagi mengurangkan kesesakan dalam laluan sedia ada.
Kerajaan Taiwan menegaskan laluan berkenaan menjamin keselamatan ruang udara pulau berkenaan, selain menegaskan jet pejuang China tidak akan menggunakannya.

Namun, beberapa pihak di Taiwan menyelarnya kerana dianggap mengancam keselamatan udara.
Awal minggu ini, penunjuk perasaan bertempur dengan polis ketika cuba memasuki bangunan kerajaan dalam dua demonstrasi. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli