Bapa Cuai Sebabkan Anak 'Dipanggang' Selama 6 Jam Dalam Kereta
OREGON – Seorang bapa dari sini telah melakukan kesilapan dan kecuaian yang amat besar dalam hidupnya selepas tertinggal anak kecilnya didalam kereta menyebabkan anaknya itu terpanggang seperti didalam sebuah oven.
Beliau telah terlupa menghantar anaknya yang berusia enam bulan, Jillian Freier, ke pusat jagaan kanak-kanak sebeliknya meninggalkan anaknya itu di bahagian belakang kereta dan terus masuk kedalam pejabatnya termasuk melakukan aktiviti mesyuarat.
Joshua yang juga seorang jurutera komputer di sebuah syarikat pengeluar cip terkenal, Intel, telah tertinggal anaknya selama 6 jam didalam kereta dan hanya menyedari kejadian tersebut selepas dihubungi oleh isterinya yang mengatakan telah dihubungi oleh pihak pusat jagaan kerana tidak menghantar bayi tersebut hari itu.
Beliau yang baru teringat akan anaknya itu terus pergi mendapatkannya di dalam kereta tetapi bak kata perpatah 'Nasi sudah menjadi bubur'. Anaknya sudah tidak bernyawa lagi dan muka bertukar menjadi lebam manakala mulutnya pula sudah berbuih.
Saya tidak tahu apa yang saya akan beritahu pada isteri dan anak lelaki saya,” katanya selepas ditanya perasaannya sewaktu kejadian itu.
Menurut pakar yang membuat siasatan ketika baru sampai ke tempat kerja suhu didalam kereta hanya 21 darjah celsius dan ketika pukul 2 petang semasa Jillian ditinggalkan suhu didalam kereta mencecah 116 darjah celsius.
Meskipun kejadian itu berlaku pada bulan Oktober tahun lepas namun nama bapa dan bayi malang itu hanya didedahkan hari ini.
Siasatan masih dijalankan tetapi Joshua tidak ditahan polis. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini