Ibu Muda Ditemui Mati Bersebelahan Bayi Dua Bulan
PETALING JAYA: Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam Rabu.
Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu kassim berkata, suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8 malam.
Beliau berkata, mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.
Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.
Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini