Nampaknya perang antara dua tokoh agamawan terkenal negara ini semakin meruncing di laman sosial apabila dilihat admin-admin yang mengendalikan page untuk DrMAZA.com dan Ustaz Mohd Kazim Elias dilihat saling mencabar dan cuba memenangkan pihak masing-masing.
Semua ini berpunca daripada sepucuk surat dari Jabatan Mufti Perlis kepada istana yang telah didedahkan oleh pihak ayng tidak bertanggungjawab. Dalam surat itu menyatakan tidak setuju jika Ustaz Kazim Elias menjadi salah seorang panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
Dengan perkembangan ini Dr Maza ataupun nama penuhnya Datuk Dr. Asri Zainul Abidin telah tampil sekali lagi menjawab dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak Datuk Ustaz Kazim Elias yang dilihat cuba mencabarnya di media.
Beliau sebelum ini telah cuba memberi penjelasan secara ringkas tapi tidak berkesans ebaliknya cuba diperbesarkan.
Kali ini tampil menegaskan bahawa surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman yang berkaitan sahaja dengan tiada niat untuk memalukan sesiapa kerana hak penganjur untuk menentukan pemilihan panel.
Dr Maza nyata tidak setuju dengan cara cabar mencabar ini di medai secara terbuka kerana hal ini melibatkan pentadbiran bukan untuk pendedahan mutlak kepada awam.
Beliau menegaskan contoh untuk perkataan 'Roti jala' perlulah diperbetulkan kerana boleh mendatangkan salah angap kepada mereka yang tidak faham.
Selain itu Dr Maza menegaskan tindakan DUKE sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan menghentam Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi mengeluarkan fakta-fakta yang salah seperti Nabi Muhammad lahir dalam keadaan sujud, siap berkhatan dan menyebut alhamdulillah semasa baru lahir. Itu merupakan riwayat tidak sahih.
Harapan Dr Maza agar perbalahan seperti ini dapat dihentikan kerana ia akan mendesak beliau untuk tampil menjawab seperti ini sedangkan beliau telibat dalam hal ehwal agama sebuah negeri.
Apapun harapan kami perkara ini eloklah dibincangkan secara baik secepat mungkin. Jika ada salah dan silap dari pihak kedua-dua pihak pohon maaf dan mengaku kerana ia akan melambangkan dakwah Islam itu sendiri yang sentiasa menekankan perkara yang benar. - Siakapkeli.com.my