Germanwings tawar bantuan 50,000 euro kepada keluarga mangsa
BERLIN: Germanwings menawarkan bantuan awal kepada ahli keluarga mangsa pesawatnya yang terhempas di Banjaran Alps, Selalu lalu sehingga kepada 50,000 euros (AS$54,806) bagi setiap penumpang.
Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, bantuan itu tidak memerlukan ahli keluarga mangsa membayarnya semula dan ia bukannya sebahagian pampasan yang bakal dibayar syarikat itu nanti.
Akhbar semalam memetik seorang pakar undang-undang penerbangan, Holger Hopperdietzelm, sebagai berkata, Lufthansa, iaitu syarikat induk Germanwings bakal berdepan pembayaran ganti rugi antara beberapa puluh ribu euro kepada ratusan ribu euro bagi setiap mangsa.
Seorang profesor undang-undang penerbangan di Technical University of Berlin, Elmar Giemulla, memberitahu akhbar Rheinische Post, bagaimanapun berkata syarikat penerbangan besar Eropah itu hanya membayar sejumlah pampasan yang kecil berkemungkinan antara 10 hingga 30 juta euro. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini