Isteri Beri Hadiah Hari Kekasih Paling Berharga Untuk Suami
CHINA – Mungkin inilh dikatakan cints sejati apabila seorang isteri telah memberikan hadiah paling berharga untuk suaminya sempena hari kekasih.
Sun Guofang, 28, memutuskan untuk memberikan sebelah buah pinggang kepada suaminya Li Fangdong, 33, yang menderita penyakit buah pinggang rosak sejak 2009.
Hajat Guofang itu telah mendapat kelulusan dari hospital untuk menderma buah pinggang kepada suaminya pada Hari Valentine tahun ini selepas mendapat tahu bahawa buah pinggangnya sesuai untuk suaminya.
Pembedahan yang berjalan minggu lepas telah berjaya dan mereka kini bersama-sama di hospital tempat pembedahan dijalankan.
“Pada mulanya mereka menentang hasrat saya kerana saya terlalu muda tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya mengamalkan diet yang sihat, oleh itu tiada masalah untuk saya meskipun hanya mempunyai satu buah pinggang,’’ katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini