Kita hari ini digemparkan oleh satu status Facebook yang menunjukkan beberapa Mercedes milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat diiklan dalam laman Facebook untuk dijual.
Gamba-gambar itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Raja Kamil ini terus tersebar dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Mernurut Raja Kamil, kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anak Allahyarham, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz.
Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mana-mana pihak yang menawarkan harga tertinggi.
“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.
“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,” kata Raja Kamil menerusi Facebooknya.
Bagaimanapun, pada ruangan komen, pengguna Facebook lain dia menjelaskan wang tersebut sebenarnya hendak disalurkan bagi pengurusan mahaad tahfiz.
Selain itu dia memberitahu yang dia langsung tidak mengambil sebarang keuntungan ataupun manfaat tertentu disebalik pengiklanan penjualan kereta tersebut.
Namun, menurut laporan The Rakyat Post, Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Nik Mohamad Abduh mendakwa ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.
“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya. ─ Siakapkeli.com.my