Kubur Merah Jambu Kontroversi jadi Viral Dilaman Sosial
Hari ini tersebar menjadi viral di facebook sekeping gambar yang menunjukkan binaan diatas kubur bewarna pink yang menarik perhatian ramai.
Gambar tersebut telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook Ustaz Muntazir Nasrallah yang menimbulkan perbagai reaksi dan ada yang marah kerana dianggap mempermainkan agama.
Tapi dari pandangan admin sendiri gambar yang dimautnaik tersebut tidak lebih sekadar satu sindiran kepada mereka yang suka membuat binaan diatas kubur dan sesuatu yang mendatangkan bid'ah.
BACA: Haram Buat Binaan Batu Kekal Di Kubur – Mufti Pahang
Ini bedasarkan ayat yang ditulis oleh beliau "Jom berebut tempah! satu inovasi bid'ah hasanah" yang seolah-olah memerli tindakan yang boleh mendatangkan bida'ah ini.
Maklumlah sekarangkan ramai orang membina binaan kekal diatas kubur iaitu tanah wakaf yang sah-sah hukumnya haram tetapi masih diamalkan oleh ramai melayu Islam sehingga sekarang.
Selain itu beliau menulis,
“Tempahan Dibuka! Luaran; warna ikut pilihan. Kalau nak mural Heri Poter pun boleh.
“Dalaman; sistem audio mp3 bacaan Quran 24 jam dengan sumber tenaga solar. (Waktu malam guna bateri yg telah dicas pada siang hari).
"Bacaan Yasin automatik setiap malam Jumaat. Bacaan tahlil automatik pada 7 hari pertama setiap malam, tahlilan automatik pada hari ke 40, hari ke 100 dan pada tarikh ulangtahun kematian.
“Optional: Speaker luar utk penziarah tumpang dengar. Jimatkan duit anda. Tak perlu upah orang baca Quran dan tahlilan. Tak perlu buat kendhuri. Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah,”
Dalam pelbagai komen-komen dan teguran yang diterima, reaksi Ustaz Muntazir seolah-olah tidak ada apa-apa kesalahan, mungkin dia tahu apa yang dibuatnya.
Admin tidak mahu komen lebih-lebih. Apapun kena rujuk kepada yang pakar dalam hal ini. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini