Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ustaz Kazim Selar Tindakan Dr. Asri Dengan Sifatkannya Terlalu Gopoh Dan Memalukan

2 ulasan


Penceramah bebas popular Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) hari ini tampil menjawab isu surat rasmi yang ditandatangani oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”,

Duke tampil menyelar tindakan Dr Maza itu dengan menyifatkan tindakan beliau tersebut sebagai satu tindakan yang memalukan dan dibuat secara tergopoh gapah.

Beliau berkata isu "roti jala dicelup kuah kari" yang dikeluarkan beliau itu adalah tidak wajar kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskannya secara terperinci.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Duke menjelaskan apa yang dikatakannya "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” adalah hanya satu perbandingan.

BACA: Mufti Perlis Tidak Setuju UKE Beri Ceramah Kerana Dakwa Sering Keluarkan Riwayat Palsu

Menurut beliau perbandingan tersebut dibuat kerana berada di Malaysia untuk memudahkan orang kita faham.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," katanya.

Beliau melahirkan rasa kesal  dengan surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tersebar tersebut yang menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

"Ia seolah-olah menggamabrkan saya sering mengeluarkan hadis-hadis palsu dan salah. Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa."

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Nampak sangat Kazim ini nak pusing-pusing. Kalau agama mana boleh pusing-pusing. Kalau politik boleh la pusing-pusing cakap.

    Dalam agama, kalau besi kena sebut besi dan jangan sebut bijih besi. Sebab ada perbezaan tu.

    So kepada Kazim Alias..lain kali jangan lah sedap goreng saja. Bercakap mesti berpandukan fakta yang Sahih. Jangan pusing-pusing cakap.

    Aku memang menyampah dgn Kazim Alias ni. Sebab dah mula perasan dia hebat dan terer sangat. Poooorah Kazim

    BalasPadam
  2. Nampak sangat Kazim ini nak pusing-pusing. Kalau agama mana boleh pusing-pusing. Kalau politik boleh la pusing-pusing cakap.

    Dalam agama, kalau besi kena sebut besi dan jangan sebut bijih besi. Sebab ada perbezaan tu.

    So kepada Kazim Alias..lain kali jangan lah sedap goreng saja. Bercakap mesti berpandukan fakta yang Sahih. Jangan pusing-pusing cakap.

    Aku memang menyampah dgn Kazim Alias ni. Sebab dah mula perasan dia hebat dan terer sangat. Poooorah Kazim

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli