‘Majlis Ninja’ galak pelancongan Jepun
Tokyo: Pegawai Jepun mula menyenaraikan satu daripada tokoh bersejarah paling terkenal negara itu - ninja, pakar seni pertahanan diri zaman feudal - dalam usaha menggalakkan pelancongan.
Gabenor dan datuk bandar dari semua wilayah negara itu memakai pakaian ninja semalam untuk melancarkan apa yang mereka gelar ‘majlis ninja.’
Ia melihat pihak berkuasa tempatan membentuk pakatan dengan agensi pelancongan untuk mempromosi ninja yang biasanya dikenali kerana keupayaan untuk bertindak secara senyap, sebagai tarikan pelancong.
“Ninja sentiasa menjadi subjek yang dibangkitkan setiap kali kami ke luar negara untuk mempromosi pelancongan,” kata Hiroshi Mizohata, bekas pengarah Agensi Pelancongan Jepun.
Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan menjadikan pelancongan sebagai peneraju pembangunan ekonomi menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
“Menerusi ninja, kami mahu menghidupkan semula komuniti kami,” kata Eikei Suzki, gabenor wilayah Mie yang terkenal kerana sekolah ninja atau ‘Iga.’ - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini