Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Marwan tidaklah sehebat mana seperti yang ditakutkan

No Comment


Manila: Laporan dari Indonesia semalam menyatakan, militan warga Malaysia Zulkifli Bin Hir atau Marwan (gambar) yang ditembak mati di selatan Filipina Januari lalu tidaklah sehebat mana.

Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) di Jakarta yang menjalankan kajian terhadap kegiatan Marwan di Malaysia, Indonesia dan Filipina merumuskan, dia tidak berbahaya seperti yang digambarkan.

Lelaki Malaysia itu menjadi sasaran utama operasi di Mamasapano, Maguindanao yang menyebabkan 44 komando polis Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan militan Moro 25 Januari lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini menawarkan hadiah AS$5 juta (RM19 juta) kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya Marwan.

Ketika siasatan Senat Filipina mengenai kejadian itu, ketua pasukan komando polis Filipina Getulio Napenas menamakan Marwan sebagai pakar bom terkenal, bukan saja di Asia Tenggara, malah di seluruh dunia.

Bagaimanapun, laporan IPAC menyatakan, Marwan bukan pakar membuat bom dan tidak menganggotai kumpulan Jemaah Islamiyah walaupun sering bekerjasama dengan anggota kumpulan itu di Malaysia.

Menurut laporan itu, seorang rakan Marwan di Indonesia menyifatkannya sebagai ‘ular kecil yang digambarkan seperti naga.

Dia dilapor sering panik ketika berdepan masalah menyebabkan dia tidak dikehendaki dalam pertempuran.

“Dia menjadi beban kepada mereka yang membantu dia bersembunyi,” kata laporan itu.
IPAC juga menolak laporan kononnnya Marwan terbabit dalam pengeboman Bali pada 2002 dengan berkata, dia sudah berada di Filipina apabila kejadian itu berlaku. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli