Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mendiang Lee Kuan Yew selamat disemadikan

No Comment


SINGAPURA: Mayat mendiang bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew selamat disemadikan dalam satu upacara pengebumian negara di republik itu, hari ini.

Terdahulu, mendiang dibawa berarak melalui Tanjong Pagar, kawasan yang diwakili beliau selama 60 tahun sebagai Ahli Parlimen.

Keranda membawa Kuan Yew kemudian meneruskan perjalanan sejauh 15.4 kilometer untuk majlis pengebumian negara di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) di Universiti Nasional Singapura, turut dihadiri kenalan rapatnya dan pemimpin politik tempatan.

Ramai pemimpin dunia hadir memberi penghormatan pada majlis pengebumian Kuan Yew yang berlangsung dalam cuaca dingin dan hujan.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Presiden Indonesia, Joko Widodo; Presiden India, Narendra Modi; Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; Perdana Menteri Australia, Tony Abbot dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

Sementara itu, sejak jam 10 pagi lagi, ribuan rakyat Singapura membanjiri sekitar jalan di bangunan Parlimen untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kuan Yew.

Tetamu dan masyarakat yang hadir mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih sebagai memberi penghormatan pada majlis itu.

Kuan Yew, memerintah Singapura bermula pada 1959-1990, berjaya mengubah negara kepulauan kecil yang dijajah British itu menjadi wilayah pelabuhan perdagangan yang terkenal di dunia.

Kematian Kuan Yew pada Isnin lalu, kurang daripada lima bulan sebelum sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara republik yang didiami 5.4 juta rakyat itu. -AFP/THE STRAIT TIMES
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli