Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Kerana Iklan Produk Terlalu "Super Hebat"

No Comment


Beijing: Syarikat barangan pengguna Amerika Syarikat (AS), Procter & Gamble (P&G) didenda AS$962,660 (RM3.6 juta) kerana menyiarkan iklan yang terlalu membesar-besarkan keberkesanan produk keluarannya.

Denda dikenakan terhadap syarikat itu yang paling tinggi di China membabitkan iklan televisyen untuk produk pemutih gigi jenama Crest yang turut menggunakan selebriti Taiwan terkenal, Dee Hsu untuk mempromosikan ‘ubat gigi dengan dua kuasa pemutihan’ berkenaan.

Pengarah jabatan pengiklanan di Pentadbiran Industri dan Perdagangan Shanghai, Miao Jun dipetik agensi berita Xinhu berkata, kesan pemutihan yang ditonjolkan dalam iklan televisyen berkenaan terlalu diubah suai dengan teknik komputer.

“Iklan itu tidak menunjukkan kesan sebenar ubat gigi berkenaan. Penalti tinggi dkenakan selepas mengambil kira kos pengiklanan seperti termaktub dalam Perundangan Pengiklanan China,” katanya.

Dalam iklan 30 saat itu, Dee Hsu mendakwa ubat gigi berkenaan memutihkan giginya dalam tempoh beberapa hari sehingga membantunya mendapat kontrak dengan sebuah majalah.

Miao berkata, latar belakang di dalam iklan boleh diubah suai menggunakan komputer, tetapi barangan yang diiklankan sendiri tidak boleh diubah suai untuk membesar-besarkan kesannya.

Beberapa syarikat terkemuka antarabangsa seperti L’Occitane dan Clinique juga pernah didenda kerana didakwa menyiarkan iklan palsu mengikut undang-undang perdagangan China pada 2014.

Menurut Xinhua, pengiklan biasanya menggunakan teknik komputer untuk mencipta kesan yang tidak wujud pada sesuatu produk.

“Pengguna tidak mempunyai kemampuan untuk menilai kebenaran sesuatu produk yang diiklankan ini.

“Kebanyakan pengguna juga sudah biasa dengan iklan yang terlalu membesar-besarkan kesan sesuatu produk,” jelasnya. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli